Blogger Templates Blogger Widgets Blogger Widgets

Wednesday, November 21, 2012



Bakal Khalifah
No 1009  Jalan Hati ,
Taman Jannah Al-Akhirat,
080912, Cinta Allah.

20 NOVEMBER 2012

Si khalifah ,

Sungguh hening damai waktu petang begini..

                    Assalamualaikum..Tujuanku menulis surat ini kerana aku sudah menyedari bahawa Allah masih memberi ujian pada kita. Sesungguhnya aku tidak tahu apa yang akan terjadi pada hari yang mendatang. Sepanjang perkenalan kita, aku tidak pernah untuk menidakkan apa yang Allah telah berikan dan apa yang Allah telah susunkan untuk hidupku dan khalifah . Pertama kali perbualan kita di talian adalah titik bermulanya satu hubungan yang tidak di sangka hingga ke hari ini. Pada awalnya hatiku menolak untuk terus menghubungi khalifah, tetapi hati kecil yang inginkan teman mahu kita berdua  terus menjalinkan silaturahim sesama manusia yang hingga kini masih lagi tidak bertemu.Mungkin aku masih perlukan masa yang benar-benar membuat hati ini ikhlas bersemuka denganmu.? Orang kata “kalau ada jodoh tak ke mana” .Insya-Allah…

Khalifah,
              Alangkah baiknya jika kita dapat melihat perjalanan hidup kita kan? Di mana  kita berdua sendiri melihatnya, tapi semua itu kuasa tuhan yang Maha Esa. Kita hanya meniti jalan yang sememangnya telah direka untuk diri kita masing-masing tanpa menoleh kebelakang apa yang pahit dan apa yang manis. Semua yang berlaku ada hikmahnya wahai khalifah kelak. Menanti kehadiranmu dengan janji yang telah diungkapkan suatu yang indah tetapi belum terlaksana kerana diriku yang masih lagi dalam tidak memberi kata putus. Aku mengakui sudah mula ada rasa Cinta dan Sayang yang mula mekar, tetapi masih dilanda rasa yang tidak lagi pasti. Setiap kali dalam solatku, titipan doa buatmu tidak pernah lupa, moga engkau berada dalam keadaan sejahtera dan rahmat-Nya.Amin…

             Kasih yang terjalin tanpa satu perasaan Cinta menjadi prinsip hidupku, walaupun khalifah pernah mengungkapkan kata “sayang” dan kata “rindu” , aku hanya menganggap itu hanya gurauan atau permainan kata saja. Jika benar khalifah sayang dan kasih akan diriku, tunggulah bila tiba saatnya. Bukan aku tidak mahu membalas semua itu, tapi cinta dan sayangku hanya kerana Allah..Aku takut untuk mengungkapkannya terlalu awal.,kerana aku takut akan kehilangan jika aku terlalu taksub dengan cinta,kasih dan sayangku terhadapmu wahai khalifah. Sudah beberapa kali khalifah ajak bertemu,tetapi aku menolak kerana tidak bersedia. Aku takut khalifah tidak dapat menerima keadaanku yang mungkin serba kekurangan atau mungkin khalifah tidak suka. Sedangkan diriku begitu teruja ingin bertemu khalifah,tapi apa daya aku untuk berkata setuju? Masih terngiang-ngiang tujuanku disini….

Khalifah yang penyabar,

             Aku tahu khalifah mungkin terseksa begini, bukan niatku untuk menjauhkan diri atau menyembunyikan diriku. Aku hanya manusia biasa yang mahukan yang terbaik.Mungkin keadaan keluargaku yang memdorong aku untuk mencapai tujuanku yang sebenar,begitu juga denganmu wahai khalifah.Kita sama-sama menuntut ilmu demi masa depan kita berdua kelak. Kita berdua berjanji untuk menggenggam segulung ijazah bersama-sama. Aku menganggap itu suatu yang akan menjadi kenangan manis kita jika ia menjadi kenyataan.insya-Allah..Aku tahu khalifah masih  ingin bersuka ria lagi,mungkin khalifah masih  tidak bersedia untuk menjadi seseorang yang lebih serius. Itu sememangnya norma kehidupan seorang lelaki,fikiran masih tidak terlalu matang pada usia muda begini.. Tetapi apabila soal hati,khalifah masih boleh berfikir kehadapan kerana khalifah inginkan kehidupan yang sempurna di mana tersemai kasih dan sayang bagi suatu ikatan.

          Satu sifat khalifah yang membuat aku tertarik dengan khalifah iaitu sifat perihatinmu terhadapku. Setiap kali khalifah menelefon atau aku menelefon khalifah, tidak pernah tertinggal pertanyaan khalifah

“dah makan?” , “dah solat?” , “awak sihat?” , “dah makan ubat?” , “musyuk kita jaga diri taw?” ,”jangan lupa makan “  dan lain-lain .

Mungkin orang lain menganggap itu normal, bagiku itu cukup membuat aku rasa dikasihi ,diberi perhatian dan disayangi. Sememangnya Allah tidak melarang untuk kita berkasih sayang kerana itulah fitrah seorang manusia yang tidak bisa dijauhi.sedangkan si buta boleh mempunyai kasih sayang dengan si buta inikan manusia yang sempurna..itulah kurniaan tuhan yang ada pada diri kita, syukur Alhamdulillah..Khalifah seorang yang sangat baik walaupun khalifah sendiri menidakkannya.ini kerana aku selalu memikirkan semuanya positif tentang khalifah. Ibuku selalu berpesan,jangan buruk sangka dengan orang kerana itu hanya akalan syaitan untuk membuat kita bergaduh sesama manusia.Saat aku rasa rasa kesunyian,aku mencari siapa yang akan menjadi temanku kala sunyi? Terpandang mataku kearah bait ayat bahawa kau ada untukku,waktu itu aku tersenyum sendiri.Adakah khalifah orangnya? Aku masih meragui..kerana setiap kali kita bertemu mesti tanpa diduga atau tak disedari.Mungkin Allah masih menguji kita untuk lebih bersabar.


Wahai utusan buatku (khalifah)


                    Jika aku mampu untuk membahagiakan khalifah, sudah lama aku bahagiakan.Tetapi aku takut hatimu berubah,kerana setiap manusia boleh berubah bukan? Mungkin buat masa ini kita tidak nampak ? Sesungguhnya aku ingin khalifah sentiasa berada disisiku tidak kira waktu walaupun kita hanya rakan berkongsi cerita tanpa melibatkan hal-hal peribadi.Aku juga ingin lalui detik-detik indah bersama khalifah , mungkin itu yang terakhir buat kita berdua? Aku dapat membayangkan impian yang kita ingin kecapi bersama-sama walaupun itu hanya mimpi yang tidak mungkin jadi kenyataan. Aku masih ingat lagi khalifah memintaku menyanyikan satu lagu yang begitu bermakna. Aku tahu itu kenangan khalifah bersama si dia. Aku tunaikan demi membahagiakan khalifah dan kerana cintaku terhadap Allah..Aku menitiskan air mata tatkala aku cuba mendalami maksud bait lagu itu. Sampaiku menutup mata akanku cinta kerana Allah. Aku memang seorang yang bersungguh-sungguh untuk menjaga hati seseorang yang aku sayang. Tapi tidak sama kesungguhanku terhadap penciptaku..


                     Alhamdulillah…aku bersyukur kerana dipertemukan dengan khalifah yang masih aku tidak kenali..wahai khalifah, jika kita tidak dapat bertemu, di dunia. Mungkin kita akan bertemu di dunia yang lain. Bukan aku sengaja untuk berfikiran sebegitu,jika ia kun faya kun . tidak dapat dielak..kerana itu kerja-Nya,sebenarnya terlalu banyak inginku luahkan dan jelaskan. Mungkin khalifah sudah bosan menbaca ayat-ayatku? Seperti bahasa baku yang Nampak kuno? Inilah namanya bahasa ,tetapi tidak mengikut format SPM atau bahasa dan pustaka . haha. Sebelum aku terlupa,aku ingin khalifah tahu, Cinta dan Sayangku hanya kerana Allah.


“Ku ingin menjadi yang Halal bagimu, Yang kau kucup keningnya, dan Yang kau hapuskan Airmatanya”


 Khalifah .. maafkan aku jika terlalu lancang berkata-kata , Di sini aku mengakui bahawa aku KASIH dan CINTAkanmu kerana keperihatinanmu .. terima kasih kerana meluangkan masa dan menjadi pendampingku kala aku di dalam kesedihan mahupun gembira.Aku juga berterima kasih kepadamu kerana sudi membaca layangan ini.
wassalam..

                                                                                                          Menantimu,
Si Misteri
    (si polan binti si polan)
                 05:32 p.m