Blogger Templates Blogger Widgets Blogger Widgets

Wednesday, November 21, 2012



Bakal Khalifah
No 1009  Jalan Hati ,
Taman Jannah Al-Akhirat,
080912, Cinta Allah.

20 NOVEMBER 2012

Si khalifah ,

Sungguh hening damai waktu petang begini..

                    Assalamualaikum..Tujuanku menulis surat ini kerana aku sudah menyedari bahawa Allah masih memberi ujian pada kita. Sesungguhnya aku tidak tahu apa yang akan terjadi pada hari yang mendatang. Sepanjang perkenalan kita, aku tidak pernah untuk menidakkan apa yang Allah telah berikan dan apa yang Allah telah susunkan untuk hidupku dan khalifah . Pertama kali perbualan kita di talian adalah titik bermulanya satu hubungan yang tidak di sangka hingga ke hari ini. Pada awalnya hatiku menolak untuk terus menghubungi khalifah, tetapi hati kecil yang inginkan teman mahu kita berdua  terus menjalinkan silaturahim sesama manusia yang hingga kini masih lagi tidak bertemu.Mungkin aku masih perlukan masa yang benar-benar membuat hati ini ikhlas bersemuka denganmu.? Orang kata “kalau ada jodoh tak ke mana” .Insya-Allah…

Khalifah,
              Alangkah baiknya jika kita dapat melihat perjalanan hidup kita kan? Di mana  kita berdua sendiri melihatnya, tapi semua itu kuasa tuhan yang Maha Esa. Kita hanya meniti jalan yang sememangnya telah direka untuk diri kita masing-masing tanpa menoleh kebelakang apa yang pahit dan apa yang manis. Semua yang berlaku ada hikmahnya wahai khalifah kelak. Menanti kehadiranmu dengan janji yang telah diungkapkan suatu yang indah tetapi belum terlaksana kerana diriku yang masih lagi dalam tidak memberi kata putus. Aku mengakui sudah mula ada rasa Cinta dan Sayang yang mula mekar, tetapi masih dilanda rasa yang tidak lagi pasti. Setiap kali dalam solatku, titipan doa buatmu tidak pernah lupa, moga engkau berada dalam keadaan sejahtera dan rahmat-Nya.Amin…

             Kasih yang terjalin tanpa satu perasaan Cinta menjadi prinsip hidupku, walaupun khalifah pernah mengungkapkan kata “sayang” dan kata “rindu” , aku hanya menganggap itu hanya gurauan atau permainan kata saja. Jika benar khalifah sayang dan kasih akan diriku, tunggulah bila tiba saatnya. Bukan aku tidak mahu membalas semua itu, tapi cinta dan sayangku hanya kerana Allah..Aku takut untuk mengungkapkannya terlalu awal.,kerana aku takut akan kehilangan jika aku terlalu taksub dengan cinta,kasih dan sayangku terhadapmu wahai khalifah. Sudah beberapa kali khalifah ajak bertemu,tetapi aku menolak kerana tidak bersedia. Aku takut khalifah tidak dapat menerima keadaanku yang mungkin serba kekurangan atau mungkin khalifah tidak suka. Sedangkan diriku begitu teruja ingin bertemu khalifah,tapi apa daya aku untuk berkata setuju? Masih terngiang-ngiang tujuanku disini….

Khalifah yang penyabar,

             Aku tahu khalifah mungkin terseksa begini, bukan niatku untuk menjauhkan diri atau menyembunyikan diriku. Aku hanya manusia biasa yang mahukan yang terbaik.Mungkin keadaan keluargaku yang memdorong aku untuk mencapai tujuanku yang sebenar,begitu juga denganmu wahai khalifah.Kita sama-sama menuntut ilmu demi masa depan kita berdua kelak. Kita berdua berjanji untuk menggenggam segulung ijazah bersama-sama. Aku menganggap itu suatu yang akan menjadi kenangan manis kita jika ia menjadi kenyataan.insya-Allah..Aku tahu khalifah masih  ingin bersuka ria lagi,mungkin khalifah masih  tidak bersedia untuk menjadi seseorang yang lebih serius. Itu sememangnya norma kehidupan seorang lelaki,fikiran masih tidak terlalu matang pada usia muda begini.. Tetapi apabila soal hati,khalifah masih boleh berfikir kehadapan kerana khalifah inginkan kehidupan yang sempurna di mana tersemai kasih dan sayang bagi suatu ikatan.

          Satu sifat khalifah yang membuat aku tertarik dengan khalifah iaitu sifat perihatinmu terhadapku. Setiap kali khalifah menelefon atau aku menelefon khalifah, tidak pernah tertinggal pertanyaan khalifah

“dah makan?” , “dah solat?” , “awak sihat?” , “dah makan ubat?” , “musyuk kita jaga diri taw?” ,”jangan lupa makan “  dan lain-lain .

Mungkin orang lain menganggap itu normal, bagiku itu cukup membuat aku rasa dikasihi ,diberi perhatian dan disayangi. Sememangnya Allah tidak melarang untuk kita berkasih sayang kerana itulah fitrah seorang manusia yang tidak bisa dijauhi.sedangkan si buta boleh mempunyai kasih sayang dengan si buta inikan manusia yang sempurna..itulah kurniaan tuhan yang ada pada diri kita, syukur Alhamdulillah..Khalifah seorang yang sangat baik walaupun khalifah sendiri menidakkannya.ini kerana aku selalu memikirkan semuanya positif tentang khalifah. Ibuku selalu berpesan,jangan buruk sangka dengan orang kerana itu hanya akalan syaitan untuk membuat kita bergaduh sesama manusia.Saat aku rasa rasa kesunyian,aku mencari siapa yang akan menjadi temanku kala sunyi? Terpandang mataku kearah bait ayat bahawa kau ada untukku,waktu itu aku tersenyum sendiri.Adakah khalifah orangnya? Aku masih meragui..kerana setiap kali kita bertemu mesti tanpa diduga atau tak disedari.Mungkin Allah masih menguji kita untuk lebih bersabar.


Wahai utusan buatku (khalifah)


                    Jika aku mampu untuk membahagiakan khalifah, sudah lama aku bahagiakan.Tetapi aku takut hatimu berubah,kerana setiap manusia boleh berubah bukan? Mungkin buat masa ini kita tidak nampak ? Sesungguhnya aku ingin khalifah sentiasa berada disisiku tidak kira waktu walaupun kita hanya rakan berkongsi cerita tanpa melibatkan hal-hal peribadi.Aku juga ingin lalui detik-detik indah bersama khalifah , mungkin itu yang terakhir buat kita berdua? Aku dapat membayangkan impian yang kita ingin kecapi bersama-sama walaupun itu hanya mimpi yang tidak mungkin jadi kenyataan. Aku masih ingat lagi khalifah memintaku menyanyikan satu lagu yang begitu bermakna. Aku tahu itu kenangan khalifah bersama si dia. Aku tunaikan demi membahagiakan khalifah dan kerana cintaku terhadap Allah..Aku menitiskan air mata tatkala aku cuba mendalami maksud bait lagu itu. Sampaiku menutup mata akanku cinta kerana Allah. Aku memang seorang yang bersungguh-sungguh untuk menjaga hati seseorang yang aku sayang. Tapi tidak sama kesungguhanku terhadap penciptaku..


                     Alhamdulillah…aku bersyukur kerana dipertemukan dengan khalifah yang masih aku tidak kenali..wahai khalifah, jika kita tidak dapat bertemu, di dunia. Mungkin kita akan bertemu di dunia yang lain. Bukan aku sengaja untuk berfikiran sebegitu,jika ia kun faya kun . tidak dapat dielak..kerana itu kerja-Nya,sebenarnya terlalu banyak inginku luahkan dan jelaskan. Mungkin khalifah sudah bosan menbaca ayat-ayatku? Seperti bahasa baku yang Nampak kuno? Inilah namanya bahasa ,tetapi tidak mengikut format SPM atau bahasa dan pustaka . haha. Sebelum aku terlupa,aku ingin khalifah tahu, Cinta dan Sayangku hanya kerana Allah.


“Ku ingin menjadi yang Halal bagimu, Yang kau kucup keningnya, dan Yang kau hapuskan Airmatanya”


 Khalifah .. maafkan aku jika terlalu lancang berkata-kata , Di sini aku mengakui bahawa aku KASIH dan CINTAkanmu kerana keperihatinanmu .. terima kasih kerana meluangkan masa dan menjadi pendampingku kala aku di dalam kesedihan mahupun gembira.Aku juga berterima kasih kepadamu kerana sudi membaca layangan ini.
wassalam..

                                                                                                          Menantimu,
Si Misteri
    (si polan binti si polan)
                 05:32 p.m


                 

Saturday, November 17, 2012




Assalamualaikum..


Dah lama rasanya tak meng-Update blog tercinta nihh..rasa rindu tak terhingga nak menggatal jari jemari menyentuh pad netbook yang dah lama tak di manja-manjakan..hehe. al maklumlahh.. sekarang masih busy-kan diri menghadapi FINAL EXAM *terdiam dan jantung berdegup kencang..dup dap !*

YA ALLAH!! Kemuncak semester 1 ! sungguh cepat masa berlalu.. Ari sudah mula dewasa dalam keadaan hidup berdikari tanpa ibu dan ayah disisi serta adik-adik tercinta..Ari amat merindui mereka. Study week pon tak balik.. sebab tak nak menyusahkan ibu dan ayah untuk uruskan Ari balik semula ke tempat menuntut ilmu. Itulah Ari yang masih tidak pandai untuk mengatur diri bila bersama keluarga tercinta..hehe masih lagi nak bermanja-manja..


Masa cuti Study week tuhh. Ari pergi ke Nogori..tempat kawan Ari.. teman dia menjemput umi dan ayah. Balik dari menunaikan haji,. Syukur Alhamdulillah..mereka selamat.. Umi dan ayah adalah keluarga baru Ari yang amat baik orangnya..ini pun atas dasar anaknya kenalkan Ari kpd mereka..kawan ari tuhh nama dia Athirah.. dah macam kakak Ari dah..dia pun tade adik beradik lain.. dia anak tunggal dalam keluarga tuhh… kadang-kadang rasa segan laa. Family dia baik sangat, Ari tak tau nak balas kebaikan mereka.. kasi tumpang bermalam kat rumah.. bagi layanan yang baik..hanya tuhan saja yang dapat membalas segala kebaikan mereka.. Insya-Allah dilimpahi rezeki yang berterusan..Aminn,,,

i see you so deep whole day

Okehh..
Lets say Ari mula bercerita tentang kehidupan dekat tempat belajar Ari.. yahh masih lagi seperti  biasa.. tanpa ibu dan ayah disisi..hanya ada hamba Allah yang diutuskan untuk Ari iaitu kawan-2 dan Sahabat-2 yang memahami isi hati Ari sejak akhir semester nih..ada suka dan ada duka . tapi biarlahh yang duka tuhh..kita simpan dalam hati…biar berada dekat lubuk yang palingggggggg dalam… hanya dia yang memahami akan cuba dalami hati Ari..
Yang sukanya , bila kita duduk ramai-ramai bergelak ketawa..kongsi cerita .belawak jenaka. Usik mengusik..sometimes that is exercise our mind and relaxing ..cheers up the day..tapi kawan yang dekat sini dengan kawan yang kita bersama-sama time zaman sekolah lain.. rasanya zaman sekolah kita dapat lihat Sahabat yang betul-2 care . tapi sekurang-kurangnya yang sudah ada sekarang..mereka tak buat kita rasa kosong dan sunyi kan?? Syukur Alhamdulillah… ada masa kita belajar sama-sama..kongsi ilmu.. siapa yang ada kelebihan masing-masing . boleh kongsi… J .itu sebahagiannya lahh

Pernah tak lihat ayat nihh .."dalam diam ada isi".. 
ehh.. ni dah mula bercerita tentang hati sendiri,, apa yang ari cuba maksudkan is TTM ..apa tuhh? Nihh kawan ari time sekolah dulu selalu gunakan.. ehem akak saya lahh Nur Syazlin.. ehekkss..
TTM tuhh TEMAN TAPI MESRA :p.
Walao….saya sudah ada teman? Yang macam mana tuhh?ini lahh fitrah manusia..bukan nak gembar gembur..tapi hanya berkongsi.. quietly rapat laahh..tapi lain sikit laa caranya..sebabnya saya tidak bersedia..cewahhh..shy shy gegirl saya… J

Allah bless for who got the HALAL relayy is means ijab kabul


 I call him as Mashemm .. acane.. dia panggil kita Musyuk.. nade an an? Tapi kami tak pernah lagi berjumpa..even satu tempat belajar..just different course..
Errr.. ini masih berkawan ..mengenal hati budi masing-masing..kita tak boleh terus direct kepada yang lebih serius.. memakan masa jugak..nak buat macam mana . Ari nihh pemalu .. bole dikatakan pemalu laa.. hahaa.. for the first time Ari lalui situasi macam nihh,,Ari still maintain dengan cara Ari…hopeless dia boleh paham..tapi Alhamdulillah setakat nihh dia masih boleh paham…dah Ari pun cuba paham..Understanding each other is need to build a strong relay rite? Everyday in my Solat.. selalu minta petunjuk Allah..
He kinda open minded, not hot tempered and caring.. and what was attractive is dia sangat pandai memujuk hati Ari yang dari nak marah jadi sejuk..ada satu hari tuhh..dia called then kasi cakap dengan nenek dia ..ohh malu..Ari rasa segan dah sebak jugak.. sebab..Ari dah tade nenek..already almarhummah 2 years ago.. Al-fatihah for my grandma..may Allah give her Bless n peace outside there..
Okehh sambung pasal dia kasi cakap dengan nenek dia.. nenek dia suka ketawa..Ari pun ikut ketawa..sama macam cucu dia..suka ketawa..comel sangat..kalaulaa nenek Ari masih ada,,teringin nak buat dia ketawa..macam-2 jugak nenek dia tanya Ari..tapi setiap pertanyaan tak lepas dengan golakk dia..hehe..siap ajak ari datang rumah..alahaii..malunyaa..macam nak terima menantu,,ecehh..tadelaa..yang menantu tuhhh tambah-tambah jehh..haihh ta pasal-2 nanti empunya badan baca entry nihh..ada kangg saya yang malu,,.. Ari dah kenal dia dah nak masuk tiga bulan..tapi masih mencari siapa dia. Haa. Nampak tak..i means mencari siapa dia tuh. Is Dia mencari Ari.. well, masa masih panjang lagi ..insya-Allah..one find day :P..

So, as muslim ,kita hanya saling ingat mengingati .. if someone ada kekurangan ..kita terima seadanya..jika ada yang tidak betul kita perbetulkan dengan cara yang baik..sesungguhnya.. jika lahirnya satu perasaan yang di panggil sayang ..itu hanyalah CINTA KERANA ALLAH..insya-Allah.. kerana hidup ,peraturan hidup,perjalanan hidup di dunia dan segala percaturan .. adalah kehendak yang Maha Esa.



Terima kasih atas perhatian , ini hanya santapan kata..insya-Allah..

Wassalam..