Wednesday, November 21, 2012
Surat Buat Khalifahku #CintaKeranaAllah
0 celoteh mak kiah Ditulis oleh Nur Arina Aini at 11/21/2012 11:30:00 PM
Bakal Khalifah
No 1009 Jalan Hati ,
Taman Jannah Al-Akhirat,
080912, Cinta Allah.
20 NOVEMBER 2012
Si khalifah ,
Sungguh hening damai waktu
petang begini..
Assalamualaikum..Tujuanku
menulis surat ini kerana aku sudah menyedari bahawa Allah masih memberi ujian
pada kita. Sesungguhnya aku tidak tahu apa yang akan terjadi pada hari yang
mendatang. Sepanjang perkenalan kita, aku tidak pernah untuk menidakkan apa
yang Allah telah berikan dan apa yang Allah telah susunkan untuk hidupku dan khalifah
. Pertama kali perbualan kita di talian adalah titik bermulanya satu hubungan
yang tidak di sangka hingga ke hari ini. Pada awalnya hatiku menolak untuk
terus menghubungi khalifah, tetapi hati kecil yang inginkan teman mahu kita
berdua terus menjalinkan silaturahim
sesama manusia yang hingga kini masih lagi tidak bertemu.Mungkin aku masih
perlukan masa yang benar-benar membuat hati ini ikhlas bersemuka denganmu.?
Orang kata “kalau ada jodoh tak ke mana” .Insya-Allah…
Khalifah,
Alangkah baiknya jika kita dapat
melihat perjalanan hidup kita kan? Di mana
kita berdua sendiri melihatnya, tapi semua itu kuasa tuhan yang Maha
Esa. Kita hanya meniti jalan yang sememangnya telah direka untuk diri kita
masing-masing tanpa menoleh kebelakang apa yang pahit dan apa yang manis. Semua
yang berlaku ada hikmahnya wahai khalifah kelak. Menanti kehadiranmu dengan
janji yang telah diungkapkan suatu yang indah tetapi belum terlaksana kerana
diriku yang masih lagi dalam tidak memberi kata putus. Aku mengakui sudah mula
ada rasa Cinta dan Sayang yang mula mekar, tetapi masih
dilanda rasa yang tidak lagi pasti. Setiap kali dalam solatku, titipan doa
buatmu tidak pernah lupa, moga engkau berada dalam keadaan sejahtera dan rahmat-Nya.Amin…
Kasih yang terjalin tanpa satu
perasaan Cinta menjadi prinsip hidupku, walaupun khalifah pernah mengungkapkan
kata “sayang” dan kata “rindu” , aku hanya menganggap itu hanya gurauan atau
permainan kata saja. Jika benar khalifah sayang dan kasih akan diriku,
tunggulah bila tiba saatnya. Bukan aku tidak mahu membalas semua itu, tapi
cinta dan sayangku hanya kerana Allah..Aku takut untuk mengungkapkannya terlalu
awal.,kerana aku takut akan kehilangan jika aku terlalu taksub dengan
cinta,kasih dan sayangku terhadapmu wahai khalifah. Sudah beberapa kali
khalifah ajak bertemu,tetapi aku menolak kerana tidak bersedia. Aku takut
khalifah tidak dapat menerima keadaanku yang mungkin serba kekurangan atau
mungkin khalifah tidak suka. Sedangkan diriku begitu teruja ingin bertemu khalifah,tapi
apa daya aku untuk berkata setuju? Masih terngiang-ngiang tujuanku disini….
Khalifah yang penyabar,
Aku tahu khalifah mungkin terseksa
begini, bukan niatku untuk menjauhkan diri atau menyembunyikan diriku. Aku
hanya manusia biasa yang mahukan yang terbaik.Mungkin keadaan keluargaku yang
memdorong aku untuk mencapai tujuanku yang sebenar,begitu juga denganmu wahai
khalifah.Kita sama-sama menuntut ilmu demi masa depan kita berdua kelak. Kita
berdua berjanji untuk menggenggam segulung ijazah bersama-sama. Aku menganggap
itu suatu yang akan menjadi kenangan manis kita jika ia menjadi
kenyataan.insya-Allah..Aku tahu khalifah masih
ingin bersuka ria lagi,mungkin khalifah masih tidak bersedia untuk menjadi seseorang yang
lebih serius. Itu sememangnya norma kehidupan seorang lelaki,fikiran masih
tidak terlalu matang pada usia muda begini.. Tetapi apabila soal hati,khalifah
masih boleh berfikir kehadapan kerana khalifah inginkan kehidupan yang sempurna
di mana tersemai kasih dan sayang bagi suatu ikatan.
Satu sifat khalifah yang membuat
aku tertarik dengan khalifah iaitu sifat perihatinmu terhadapku. Setiap kali
khalifah menelefon atau aku menelefon khalifah, tidak pernah tertinggal
pertanyaan khalifah
“dah makan?” , “dah solat?” ,
“awak sihat?” , “dah makan ubat?” , “musyuk kita jaga diri taw?” ,”jangan lupa
makan “ dan
lain-lain .
Mungkin orang lain menganggap
itu normal, bagiku itu cukup membuat aku rasa dikasihi ,diberi perhatian dan
disayangi. Sememangnya Allah tidak melarang untuk kita berkasih sayang kerana
itulah fitrah seorang manusia yang tidak bisa dijauhi.sedangkan si buta boleh
mempunyai kasih sayang dengan si buta inikan manusia yang sempurna..itulah
kurniaan tuhan yang ada pada diri kita, syukur Alhamdulillah..Khalifah seorang
yang sangat baik walaupun khalifah sendiri menidakkannya.ini kerana aku selalu
memikirkan semuanya positif tentang khalifah. Ibuku selalu berpesan,jangan buruk
sangka dengan orang kerana itu hanya akalan syaitan untuk membuat kita bergaduh
sesama manusia.Saat aku rasa rasa kesunyian,aku mencari siapa yang akan menjadi
temanku kala sunyi? Terpandang mataku kearah bait ayat bahawa kau ada
untukku,waktu itu aku tersenyum sendiri.Adakah khalifah orangnya? Aku masih
meragui..kerana setiap kali kita bertemu mesti tanpa diduga atau tak disedari.Mungkin Allah masih menguji kita untuk lebih bersabar.
Wahai utusan buatku (khalifah)
Jika aku mampu untuk
membahagiakan khalifah, sudah lama aku bahagiakan.Tetapi aku takut hatimu
berubah,kerana setiap manusia boleh berubah bukan? Mungkin buat masa ini kita
tidak nampak ? Sesungguhnya aku ingin khalifah sentiasa berada disisiku tidak
kira waktu walaupun kita hanya rakan berkongsi cerita tanpa melibatkan hal-hal
peribadi.Aku juga ingin lalui detik-detik indah bersama khalifah , mungkin itu
yang terakhir buat kita berdua? Aku dapat membayangkan impian yang kita ingin
kecapi bersama-sama walaupun itu hanya mimpi yang tidak mungkin jadi kenyataan.
Aku masih ingat lagi khalifah memintaku menyanyikan satu lagu yang begitu
bermakna. Aku tahu itu kenangan khalifah bersama si dia. Aku tunaikan demi
membahagiakan khalifah dan kerana cintaku terhadap Allah..Aku menitiskan air
mata tatkala aku cuba mendalami maksud bait lagu itu. Sampaiku menutup mata
akanku cinta kerana Allah. Aku memang seorang yang bersungguh-sungguh untuk
menjaga hati seseorang yang aku sayang. Tapi tidak sama kesungguhanku terhadap
penciptaku..
Alhamdulillah…aku
bersyukur kerana dipertemukan dengan khalifah yang masih aku tidak
kenali..wahai khalifah, jika kita tidak dapat bertemu, di dunia. Mungkin kita
akan bertemu di dunia yang lain. Bukan aku sengaja untuk berfikiran
sebegitu,jika ia kun faya kun . tidak dapat dielak..kerana itu
kerja-Nya,sebenarnya terlalu banyak inginku luahkan dan jelaskan. Mungkin
khalifah sudah bosan menbaca ayat-ayatku? Seperti bahasa baku yang Nampak kuno?
Inilah namanya bahasa ,tetapi tidak mengikut format SPM atau bahasa dan pustaka
. haha. Sebelum aku terlupa,aku ingin khalifah tahu, Cinta dan Sayangku hanya
kerana Allah.
“Ku ingin menjadi yang Halal
bagimu, Yang kau kucup keningnya, dan Yang kau hapuskan Airmatanya”
Khalifah .. maafkan aku jika terlalu lancang
berkata-kata , Di sini aku mengakui bahawa aku KASIH dan CINTAkanmu kerana
keperihatinanmu .. terima kasih kerana meluangkan masa dan menjadi pendampingku
kala aku di dalam kesedihan mahupun gembira.Aku juga berterima kasih kepadamu kerana sudi membaca
layangan ini.
wassalam..
Menantimu,
Si Misteri
(si polan binti si polan)
05:32 p.m
Labels: cinta kerana Allah
Saturday, November 17, 2012
Assalamualaikum..
Dah
lama rasanya tak meng-Update blog tercinta nihh..rasa rindu tak terhingga nak
menggatal jari jemari menyentuh pad netbook yang dah lama tak di
manja-manjakan..hehe. al maklumlahh.. sekarang masih busy-kan diri menghadapi
FINAL EXAM *terdiam dan jantung berdegup kencang..dup dap !*
YA
ALLAH!! Kemuncak semester 1 ! sungguh cepat masa berlalu.. Ari sudah mula
dewasa dalam keadaan hidup berdikari tanpa ibu dan ayah disisi serta adik-adik
tercinta..Ari amat merindui mereka. Study week pon tak balik.. sebab tak nak
menyusahkan ibu dan ayah untuk uruskan Ari balik semula ke tempat menuntut
ilmu. Itulah Ari yang masih tidak pandai untuk mengatur diri bila bersama
keluarga tercinta..hehe masih lagi nak bermanja-manja..
Masa
cuti Study week tuhh. Ari pergi ke Nogori..tempat kawan Ari.. teman dia
menjemput umi dan ayah. Balik dari menunaikan haji,. Syukur
Alhamdulillah..mereka selamat.. Umi dan ayah adalah keluarga baru Ari yang amat
baik orangnya..ini pun atas dasar anaknya kenalkan Ari kpd mereka..kawan ari
tuhh nama dia Athirah.. dah macam kakak Ari dah..dia pun tade adik beradik
lain.. dia anak tunggal dalam keluarga tuhh… kadang-kadang rasa segan laa.
Family dia baik sangat, Ari tak tau nak balas kebaikan mereka.. kasi tumpang
bermalam kat rumah.. bagi layanan yang baik..hanya tuhan saja yang dapat
membalas segala kebaikan mereka.. Insya-Allah dilimpahi rezeki yang
berterusan..Aminn,,,
![]() |
| i see you so deep whole day |
Okehh..
Lets
say Ari mula bercerita tentang kehidupan dekat tempat belajar Ari.. yahh masih
lagi seperti biasa.. tanpa ibu dan ayah
disisi..hanya ada hamba Allah yang diutuskan untuk Ari iaitu kawan-2 dan
Sahabat-2 yang memahami isi hati Ari sejak akhir semester nih..ada suka dan ada
duka . tapi biarlahh yang duka tuhh..kita simpan dalam hati…biar berada dekat
lubuk yang palingggggggg dalam… hanya dia yang memahami akan cuba dalami hati
Ari..
Yang
sukanya , bila kita duduk ramai-ramai bergelak ketawa..kongsi cerita .belawak
jenaka. Usik mengusik..sometimes that is exercise our mind and relaxing
..cheers up the day..tapi kawan yang dekat sini dengan kawan yang kita
bersama-sama time zaman sekolah lain.. rasanya zaman sekolah kita dapat lihat
Sahabat yang betul-2 care . tapi sekurang-kurangnya yang sudah ada
sekarang..mereka tak buat kita rasa kosong dan sunyi kan?? Syukur
Alhamdulillah… ada masa kita belajar sama-sama..kongsi ilmu.. siapa yang ada
kelebihan masing-masing . boleh kongsi… J .itu sebahagiannya lahh
Pernah
tak lihat ayat nihh .."dalam diam ada isi"..
ehh.. ni dah mula bercerita tentang
hati sendiri,, apa yang ari cuba maksudkan is TTM ..apa tuhh? Nihh kawan ari
time sekolah dulu selalu gunakan.. ehem akak saya lahh Nur Syazlin.. ehekkss..
TTM
tuhh TEMAN TAPI MESRA :p.
Walao….saya
sudah ada teman? Yang macam mana tuhh?ini lahh fitrah manusia..bukan nak gembar
gembur..tapi hanya berkongsi.. quietly rapat laahh..tapi lain sikit laa
caranya..sebabnya saya tidak bersedia..cewahhh..shy shy gegirl saya… J
| Allah bless for who got the HALAL relayy is means ijab kabul |
I call him as Mashemm .. acane.. dia panggil kita Musyuk.. nade an an? Tapi
kami tak pernah lagi berjumpa..even satu tempat belajar..just different
course..
Errr..
ini masih berkawan ..mengenal hati budi masing-masing..kita tak boleh terus
direct kepada yang lebih serius.. memakan masa jugak..nak buat macam mana . Ari
nihh pemalu .. bole dikatakan pemalu laa.. hahaa.. for the first time Ari lalui
situasi macam nihh,,Ari still maintain dengan cara Ari…hopeless dia boleh
paham..tapi Alhamdulillah setakat nihh dia masih boleh paham…dah Ari pun cuba
paham..Understanding each other is need to build a strong relay rite? Everyday
in my Solat.. selalu minta petunjuk Allah..
He
kinda open minded, not hot tempered and caring.. and what was attractive is dia
sangat pandai memujuk hati Ari yang dari nak marah jadi sejuk..ada satu hari
tuhh..dia called then kasi cakap dengan nenek dia ..ohh malu..Ari rasa segan
dah sebak jugak.. sebab..Ari dah tade nenek..already almarhummah 2 years ago..
Al-fatihah for my grandma..may Allah give her Bless n peace outside there..
Okehh
sambung pasal dia kasi cakap dengan nenek dia.. nenek dia suka ketawa..Ari pun
ikut ketawa..sama macam cucu dia..suka ketawa..comel sangat..kalaulaa nenek Ari
masih ada,,teringin nak buat dia ketawa..macam-2 jugak nenek dia tanya
Ari..tapi setiap pertanyaan tak lepas dengan golakk dia..hehe..siap ajak ari
datang rumah..alahaii..malunyaa..macam nak terima menantu,,ecehh..tadelaa..yang
menantu tuhhh tambah-tambah jehh..haihh ta pasal-2 nanti empunya badan baca
entry nihh..ada kangg saya yang malu,,.. Ari dah kenal dia dah nak masuk tiga
bulan..tapi masih mencari siapa dia. Haa. Nampak tak..i means mencari siapa dia
tuh. Is Dia mencari Ari.. well, masa masih panjang lagi ..insya-Allah..one find
day :P..
So,
as muslim ,kita hanya saling ingat mengingati .. if someone ada kekurangan ..kita
terima seadanya..jika ada yang tidak betul kita perbetulkan dengan cara yang
baik..sesungguhnya.. jika lahirnya satu perasaan yang di panggil sayang ..itu
hanyalah CINTA KERANA ALLAH..insya-Allah.. kerana hidup ,peraturan hidup,perjalanan
hidup di dunia dan segala percaturan .. adalah kehendak yang Maha Esa.
Terima
kasih atas perhatian , ini hanya santapan kata..insya-Allah..
Wassalam..
Labels: kongsi cerita
Sunday, October 07, 2012
Assalamualaikum :)
Hye anda yang bergaya yang menawan . pheewitt ~~ jup nak nyanyi sikit.
♫ senyum mu menawan menawan~
kau buat hatiku tertawan~♫
haahaa..nak jatuh hati kita tengok dia.wahh MELTING gitu ..kihkih.. okeoke.. saja release tension . ni semua gara-gara fokus sangat tadi siapkan homework sampai tengah malam.. siang tanak buat.. ni laahh padahnya.. tapi Alhamdulillah..siap jugak akhirnya :) . so my Buddies outside there ? how are you? ehh .. nobody? lupa ! saya ni meng-UP-Date entry larut malam cengginihh mana ada orang nak bg perhatian.. semua dah membuta dibuai mimpi indah ..syiokk nyaaa.. yang Ari ni masih menjadi burung hantu . yang ntah nanti siang membuta pulak. hehe. Btw, itu semua mmg ibadat kita untuk tidur.. tidur yang cukup badan pun sihat .. ye tak ? *sengih hantu ..:P
Memandangkan sekarang masih cuti .. macam-2 yang kena buat.. ada masa rehatnya cukup.. ada masa..rehatnya terganggu.. yea sebagai Student nihh.. kita kena berkorban,,ini semua untuk masa depan. yang menentukan kita boleh menjalankan ibadat yang lain disuruh olehNya demi kehidupan dunia dan akhirat. Sebagai anak jugak.. Ari ingin mengubah nasib keluarga menjadi lebih baik. mungkin sekarang masih cukup baik, Syukur Alhamdulillah . SENYUM sendiri *
![]() |
| Our Smile is able to hide unexpectable meant |
Just chill.. insyaallah . Allah sentiasa ada disisi kita.. DIA yang akan tolong kita.. eh? teringat plak pasal entry semalam . kalau tak takan lhaa tajuk entry tuhh bersambung kait semalam ? rasanya harini kita sambung pasal CINTA <3 .. wahh teruja . normal lahh ..semua orang pernah lalui fasa kehidupan macam ni kan? termasuk lahh empunya BLOG nihh ..ecehh..~
Buat masa nih , tidak terlalu memikirkan cinta kita sesama manusia..which mean between lelaki dan perempuan*is me :p . tapi terasa jugak ingin berada fasa cinta tu balik.. well REMAJA laa katakan? dulu time sekolah cintan Monyet , Beruk, Cipanzi and so on lhha..( tambahan beruk cipanzi ) kesian nama haiwan ciptaan yang Maha Esa di kaitkan ..HUHU.
Itu laa remaja zaman persekolahan.. Tak silap dulu ber-Couple nihh dah banyak kali.. tak terkira.. macam addicted sangatkan? tengok kawan nihh ada boiifrengg ..ehh kita pun sebuk nak ada jugak.. hehe.. alahaii zaman sekolah.. rindu pulak nak kembali semula zaman sekolah.. SERONOK .. tade yang lebih bahagia kalau masa tu boleh diundur ,
Bak kata kawan saya Nur Syazlin atau panggilan yang biasa Ari panggil dia kak LYNN . pinjam mesin Doraemon! huhu ehh.rindu kau kak :) . tapi sayang itu semua imaginasi kartun jehh. Dunia ni berputar mengikut lawan jam ..tapi putaran hidup kita. usia kita .? dimamah kedewasaan? KuasaNya memang hebat ! .okehh saya mula menghayati penulisan. merepek dahh.. oh Cinta Cinta ..
![]() |
| Nothing is Beautiful than Allah's Love |
SubhanaAllah . memang betul kata Ustaz dan Ustazah , tiada yang lebih indah dan agung selain cinta kita KepadaNya. itu lahh istimewanya manusia..tapi macam kita nihh kadang-2 leka. dan taksub terhadap cinta duniawi .. yang boifregg sana sini. gulfrengg sana sini . hingga lupa ada yang patut kita cinta dan DIA yang bawa kita ke jalan yang diredai :) insyaALLAH. memang betul Allah tidak melarang percintaan sesama manusia, juga tidak melarang berkasih-sayang tapi sedarlahh cinta kita hanya UntukNya . Tapi kita tidaklah terlalu menekankan, cuma sentiasa membatasi supaya mendapat keredaanNya .
![]() |
| Miracle of love |
"..Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.."
petikan hadis bukhari dan muslim
Sesungguhnya jodoh yang baik untuk orang yang baik.. yang sebaliknya .. hanya DIA yang tentukan. bahagia yang ingin dikecapi boleh dimiliki jika kita tahu menjaga hati serta adab kita antara kita denganNya . rasanya mungkin sampai sini entry Ari.. yang baik datangnya dari Allah.. yang buruk atas kelemahan Ari sendiri . Saling berkongsi untuk tatapan sang pria dan sang juwita.spread LOVE ..
kasi cuci mata sikit :)
![]() |
| Wedding cikgu tersayang :) |
![]() |
| Mereka di zaman sekolah . miss them |
| Dear Intan payung . miss u so much ! |
| Awesome jejaka yang dirindui .hee~ |
k bye ! wsalam ...
To be continue ...
Labels: kongsi cerita
Saturday, October 06, 2012
Assalamualaikum :)
Alhamdulillah. kerja untuk harini selesai. esuk menanti lagi kerja yang lain-lain. Fuhh~ sebenarnya penat membersihkan sawang-2 kat blog yg tak rupa blog nihh.. dah macam BLOgK kosong tanpa penghuni.. sebab tuan tanah nihh dok sebok sampai tak teringat dunia BLOG dia nihh. Maklumlhaa ,,dah jadi STUdent IPTA ..dekat mana? ahaa.tak perlu lhaa tawu.. see? betapa sibuknya tuan dia nihh yang tak berapa pengemas sangat .HAHA. Today How is look??? okehh mulakan dengan pantun sebelum mulakan ceBEBEL dia .
Ehem,
Pisang kapas masak gulai,
tambah dengan sambal belacan,
eh? buat apa tu tuan?
intai intai? Lai kita teman ..
Cewahhh!
randomly jeh pantun yang ta serupa pantun tuh..ahhaa. oke, Lets Begun,
woahh..ngantok! >.<" . korang penah tak rasa kerinduan nihh? tipu tak pernah kan? ni nak cerita pasal kat tempat yang Ari berdiri , nyata .masa depan . and so on.. Seriously, this is my First time lhaa kan duduk jauh dengan Family . Rindu teramat sangat nak balik rumah.. rasanya dah 3 minggu tak balik..pada uoolss yg menganggap itu perkara biasa, seorang STUDENT kne terima. tapi Ari tak..huh.. but terpaksa jugak ikut kan kata hati nihh.. kawal perasaan. well, apa nak buat.. macam-2 aktiviti an.. kat KOLEJ KEDIAMAN nihh.ngan assignment,kuiz,test and yg adek bradik dialahh. So far okehh kowt kat sini. insyaAllah.. haiihh rasa takut pulak FINAL dah nak dekat. bebudak U semua tgah berperah otak, hempas pulas bagai. mesti ranap dywg punya buah akal.. walao.. Chaiyok! especially pada Dear abang. Oppss!. not yet :) my Crush..ehh. ntah..Ecehhh..
![]() |
| your destiny , decide? all yours |
So, here im standing to get some knowledge, Haiyaaa..sawang masih ada? kejap nak kasi baham dia dengan bulu ayam nihh :) .Okehh Cun. Wordless sbnanya . HAHA.
back to my path, hmm.. pagi semalam ayah tepon.. dah kena dah time tuhh memang tengah demam. bila dengar jehh suara..alahaaii sayu nihh.. meleleh air mata :'( mak aihh muka ganas tapi GEMBENG .malu lhaa saya cmni.. tapi sejak azali memang Ari kuat nangis.. tambah lagi dengar Suara IBU tersayang .. lagi tangkap jiwa. hati jantung.. tersiat-siat..sebab ta dapat balik.. IBU .. i wanna to huge u kiss u bu....anakmu nihh da macam kucing hilang Emak *menyongsang dah aku punya peribahasa . Saya Student lagi normal lhaa everything still need to improve . betul tak? sedangkan lidah lagi tergigit .inikan lagi boifrengg galfrengg .hamek kau. payahh aku sesat. apoihh aku belajar sepanjang di SINI, ahaha.masih merahsiakan tempatnya.. oke saya mula mencarut tahap dewi-2..ni sebab jiwa dah terkacau ta dapat balik rumah :"D .
![]() |
| Some People say They dont Care but its Rare . LoL |
Terlintas pulak Ari pada kisah silam yang kadang-kala is like sweet memory *sangatlhaa. no way ! semua yang dah lepas memori luka okegg ! haha nampak tak kesedaran diri tuh nak imPROVE jadi lebih matang? cehh .. bercakap kat tepon masihh cengeng lagi.. oke Review sikitlhaa ada yang manis-2.. teringat ex ex. yg dah berpunya.. apa khabar kah mereka? sehat barang kali.. wee~ alhamdulillah macam tuu abe.. sebenarnya mereka ada yang membawa erti kasih..haa kat situ nampak aku dah mula nak berjiwang. tapi apa nak buat Everything oke kalau kita tak bersama ! .. try padam memory bersama kalian.. now ,NEW LIFE : ) segarnya jiwa.hati . syukran YA ALLAH !
"sesungguhnya hambamu hanya ingin yang terbaik untuknya juga untukmu ."
SubhaALLAH aku mencintainya,
SubhaALLAH aku menyayanginya,
Next path.
Kesayuan disitu, well siapakah di hati saya? haha.. hanya sorang nihh jehh. takan pernah lupakan dia. takan pernah takCINTAkan , takan pernah jauhkan diri dari dia sesaat pun . Ari nak dia tawu ..betapa hebatnya ,Ari sayang dia . betapa kasihnya Ari pada dia.. He was awesome. Is ALLAH.. sepanjang diri dalam pemulihan kebaikan nihh.. hanya dialah peneman kala bangun . kala tidur. Dating 5 kali setiap hari.. ta jemu jemu.tu yang terlalu sayang sangat :) . segala luahan hati dia sahaja yang tahu . tengok hebat kan? ini lahh life Ari. dekat mana-mana, rindu rindu.nak sahut seruan dia. SubhanaALLAH.. ia banyak menunjuk dan mengajar erti setiap langkah kehidupan nih. panorama yang berbeza-beza..sebab tuhh tiada yang lebih hebat dari dia.. even seHENSEM mana kita dapat lihat. yg macam bifrengg-2 kat bumi nihh.HEHE . dia lagi tinggi sifat keHENSEMan (: . ni ayat orang yang dunia realiti tade boifregg.haha. Rasa selesa macam nihh . kan ada boifregg SETIA yang Until JANNAH. ? *hati berbunga *.
oke orait here, dont go anywhere?
PLEASE~ . huhu. nak bagi tengok orang baru nih. kawan-2
| Nowaday they are my life |
to be continue..
Labels: kongsi cerita
Monday, November 28, 2011
dia tetap TERBAIK! TERHEBAT! MALAYSIA BOLEH!!!
1 celoteh mak kiah Ditulis oleh Nur Arina Aini at 11/28/2011 02:12:00 AMassalamualaikum
![]() |
| DEAR NAZMI..oooucchhh! sury awak*GF |
ehemm...hye awesome blogger! hari ni ari nak membebel..yeahh..korang semua mesti tengok perlawanan bola sepak antara
MALAYSIA vs BAHRIN ?
kenal tak siapa dia yang tertera di atas?? mesti laa u all kenal..kan?kan?kan?
dialah Muhd Faiz Mansor ..pemain bola sepak U23 yang paling muda berjersi nombor 7,12 & 21..berumur ehem..
sama dengan ari ..oneseven! seorang atlet yang baru menyinar..yeah..baru menyinar oke?..first time ari tengok dia beraksi di SUKAN SEA INDONESIA 2011..ari dah mula fall in love tgok dia bermain..penuh bertenaga,bersemangat!!! walaupun pada mas tu dia terpaksa berkorban untuk menduduki SPM*tahun depan baru menduduki* demi mengharumkan nama negara kita yang tercinta ini..sudah tentu MALAYSIA!
ari kagum dengan dia taw! yela..bukan setakat ada paras rupa..tapi punya pakej yang lengkap! haha..i so adore him.. ")
for the first time..ari dapat bersorak riang tanpa berkata apa-apa..Nazmi telah memberi satu tendangan harimau ke pintu gol BAHRIN!! sangat-sangat keterlaluan HEBATNYA!..pada masa yang sama .ari tgah online FACEBOOK ..kemain ramai dook cakap pasal nazmi..tengok? betapa ramai yang sangat-sangat kagum dengan dia? kan??hhaa..itulah satu kelebihan yang dikurniakan ALLAH s.w.t kepada dia..dia sangat di minati..dan ramai yang sangat sayang pada dia..he so awesome plus handsome! yeah!! seriously.tak penah tipu oke..hhaaa..
anda cuba laa dok jenguk-jenguk laman sosial anda semua..ramai yang telah menukar defult picture(DP) mereka kepada gambar-gambar pemain bola sepak kita yang tersohor ni..termasukla ari sendiri..dia adalah orang kedua yang ari minat..macam FIRST LOVE SIGHT..haha..kelakar kan?? suka perasan lebih-lebih..hhaa.hiraukan saja..but angat teruja..
yela.. bila orang lain boleh tukar..kenapa kita tak boleh?..itu maknanya kita tunjukkan semangat kita menyokong TEAM MALAYSIA HARIMAU MUDA! yeaahhh..i like to say MALAYSIA BOLEH! MALAYSIA JUARA!..sangat-sangat semangat!
![]() |
| give me your hand bro! |
Tapi..masa perlawanan separuh masa kedua...dengan BAHRIN..Nazmi..injured..ari sedih sangat-sangat...:(
semasa nazmi diusung ke tepi padang..air mata ari menitis secara tiba-tiba..tak tawulaa.kenapa ari begitu sedih..huhu..
yela..siapa yang tak sedih..dia fav player injured..mestilaa..dah sah-sah laa kalau GF dia tengok pon sedih..
Selepas nazmi tak dapat beraksi..pemain BAHRIN terus mengasak team Malaysia! ya allah.. ari tengok pemain-pemain malaysia begitu tertekan..hurmm bayangkan laa..dalam minit kedua. bahrin berjaya menempah 3 gol?! begitu kuat stamina mereka..
seriously..ari rasa sedih..huhu..
walau apapun! MALAYSIA TETAP TERBAIK! sentiasa di hati ari..NAZMI seorang pemain TERHEBAT! yeahh..
ari doakan nazmi cepat sembuh k..FANs nazmin doakan anda!!
buat player harimau muda yang lain..anda juga sangat ari kagumi..!teruskan usaha!
AMINNN....
![]() |
| MALAYSIA BOLEH!! |
p/s: ingin memiliki jersi panthera MALAYSIA..huhu..doa-doakan..anda bagi support pada teamMALAYSIA OKE!
Labels: kongsi cerita
Friday, November 11, 2011
Assalamualaikum..
heyy..dah lama tak buat entry baru..yeahh..time ari tengah meng-up-DATE blog ni..ari rasa tenang but its to complicated nak terangkan yang ari sebenarnya tengah melawan perasaan berdebar nak menduduki SPM..*14 nov 2011*
hanya tuhan saja tahu apa yang ari rasakan time tu.hahaa..
ari actually nak shared something..ari ta suka laaa nak cakap lebih@..tapi apa yang kita rasa semuanya apa yang berlaku di sekeliling kita..YA! sekeliling kita..kadang-kadang ari rasa sunyi..rasa bosan dengan hari-hari yang mendatang..tapi itu semua ketentuan ALLAH s.w.t..
setiap hari-hari kita..DIA yang tentukan..dan seterusnya kita hanya laluinya walaupun ia jauh lagi perih dari ketenangan yang kita inginkan..
![]() |
| move forward! |
ari rasa..ari patut biarkan someone ini untuk dia pilih hidup dia..ari takde hak untuk halang..dia siapa?..tidak perlu la untuk di MENTIONkan di sini..kita di sini hanya shared yg tersirat yang kita boleh paham sendiri..betul tak?hurmm..
but ari tawu hati ni kadang-kadang memberontak untuk tidak ambil tahu pasal dia..nak buat macam mana kan? dia pon tak kesah..
bagi ari kehidupan masing-masing perlu ada kawalan dari diri kita sendiri..macam-macam laa yang perlu..di KAWAL>.<
ari kawal perasaan..tapi perasaan tu selalunya datang bila kita cuba KAWAl ..KAWAL..dan KAWAL..perassan yang ari maksudkan ialah..sedih dan..hurmm..susah nak ungkapkan..but ari BIARKAN perasaan itu memakan diri..diri sendiri..YA diri ari sendiri..ari pendam sedalam dalamnya..biar DIA pon tak tawu..hanya ALLAH tahu..
ari tak tahu nak luahkan..kenapa time macam ni baru ari rasa ya? selama ni..ari anggap itu sesuatu yang BODOH-BODOH jea..
![]() |
| hati kita ibarat dicelah keyboard |
END..
p/s: buat calon-calon SPM! GUDLUCK!!! ari percaya korang semua boleh buat yang terbaik..banyakkan berdoa dan dekatkan diri dengan ALLAH s.w.t
Labels: kongsi cerita
Thursday, October 13, 2011
ASSALAMUALAIKUM
hye kawan-kawan blogger dan visitor2 blog ari tak kira Bboy or Bgirl...hari ini ari rasa macam nak luahkan something yang membuat ari rasa sedih,sedih,sedih dan sedih..tak tahu laa kenapa ari rasa macam sedih sangat..*i want cry! :( ..ari rasa macam ari buat salah kat someone..ari rasa macam banyak sangat dosa..sememangnya hidup ari ni macam kejap HAPPY..kejap macam - macam perasaan timbul..nak cakap SEDIH memanjang tak laa..hurmm.*merepek.*
okehh..so entry ari hari ni pasal SEDIH..pada korang semua apa motif utamanya kalau tiba-tiba sedih?macam-macam hal yang akan buat kita sedih..betul tak? Sedih lahir dari suatu perasaan yang membuat kita rasa terkilan,terharu,sakit hati,marah,dan sebagainya..tapi kalau si GIRLY macam ari ni..sedih mesti pasal someone yang kita sayang..forsure korang tawu kan? nama memang tak tawu..tapi dari segi fizikal dan jantina mesti korang tawu ari sedih tentang apa..fuhh!*air mata dah bertakung.*
ari sedih sebab ari RINDU kat someone yang dulu selalu buat ari ketawa..dia selalu isi kekosongan hati ari.yea! dia..*nama tak boleh dinyatakan..mungkin dia sedang membaca :)* ari tak harap dia baca apa entry ari yang kali ini punya(ayat macam toottt!)..cuma ari tawu..im kind of person who did not thankful with his LOVE..whatever..mybe dia takkan kesah..sebab dia ada hak untuk memilih sesiapa saja..*am i right dude?*
![]() |
| im the one in sadness |
ehem..*air mata mengalir di pipi*..ari dapat rasakan yang dia semakin berjauhan..makin lama makin jauh..jauh dan jauh...mungkin ari tidak dapat memahami dia ? ari cuba untuk faham..cuba,cuba dan cuba...but,masih mencari kelemahan..apa yang harus ari buat? merayu? tidak mungkin..kerana itu cuma suatu babak yang tidak dapat mengungkap apa yang kita cuba nak sampaikan..ari tahu kelamahan masih menguasai diri ni..ari pernah cuba untuk bawa diri ni.jauh dari dia...susah sangat..tak tahu kenapa..dulu bagi ari dia bukan seorang yang SPECIAL..but sekarang bila dia diam tanpa khabar..dia seorang yang sangat misteri untuk ari tawu apa keistimewaan dia?kenapa yea? SEDIH bila kita tak dapat mencari sesuatu yang betul-betul kita ingin tawu? susah sangat ke?*diam tanpa kata*
![]() |
| you can go anywhere if you want..GO! |
ari tak tahu sama ada dia seseorang yang memang akan jadi teman ari saat suka ataupun duka..sama ada dia yang akan jadi milik ari?*jangan kau nak berangan* ari tawu ari tak cukup sempurna untuk dia yang sangat-sangat baik.yea..dia memang baik..even ari tak pernah jumpa dia..hhaaa..teringat pulak bila dia kena paksa dengan ari bila ari tanya dia SAYANG ari ke tak.?*&%^##$^
kenapa saat macam itu hilang sekelip mata jea?ari nak sangat hari-hari seperti tu datang lagi dalam hidup ari..*aku tak mampu nak rewind balik*..:(..yang lepas tetap takkan kembali.but i hope it will be again..
![]() |
| hope you will be in my heart one day <3 |
Bboy dan Bgirl korang nak tawu tak..apa yang akan buat ari rasa tenang dan tenteram? bila dia make a call once in day..so sweet..ari dapat rasakan dia CARE pasal ari..dia salah seorang yang buat macam tu kat ari..but sekarang.tak lagi..dia mungkin dah tak anggap ari siapa-siapa....dulu kawan..sekarang?*no comment*..ari yang terlalu shy2 kucing..memang dia tak mengharap..tapi ari rasa diri ni mengharap..sangat keterlaluan kan ? ikut kata hati nak cakap memang malu..rasa diri ni naif dan tidak ada apa-apa..kalaulah dia paham..mesti dia bertindak cepat..time tu ari laa orang yang paling gembira..:)
you're my sunshine forever and the kiss is meant I LOVE YOU
So, sekarang ari rasa macam nak jerit jea KUAT_KUAT...nak cakap ari akan aishiteru dengan dia..hurm..tapi adakah dia akan paham? tapi ari rasa buat masa ni dia takkan fikir semua tentang apa yang ari cuba sampaikan..ari ni seorang yang sangat pengecut nak luahkan apa yang ari rasa..im FAKE...is true..
END with a drop of TEARS
p/s; kalau ari sedih ari luangkan masa main gitar lagu aishiteru..<3
Labels: kongsi cerita
Monday, October 10, 2011
WEBcam WITH my abang! he such a funny guys!
0 celoteh mak kiah Ditulis oleh Nur Arina Aini at 10/10/2011 04:59:00 AMAssalamualaikum..
Mesti tekejut an aku update entry PAGIPAGI buta ni?hurmm..
tengah aku boringboring ni..aku saja laa nak buad entry pasal abg angkat aku yang sorang ni,,
Nama dia MUHAMMAD AMIRUL HAKKIM
hehe,,dia aku kenal dah lama jugak laa dia ni..
since aku sekolah rendah..cuma time sekolah rendah tu..aku masih budak kecik yang masih tak tahu lap hingus sendiri.!hee*selekeh rupanya aku ni*
ehem! tgah aku online..tiba-tiba aku tergerak hati nak on YM aku..tgok dia pon online..wahh.macam biasa laa.ktwg ym..sambil tu..aq study addmath..*ad test*..fuhh..haha..
pastu abg aku ni ajak aku WEBcam..aku mulamula..malumalu..bt sokeyh laa..dengan muka serabai mabai..aq cakap..oke!..hee
tapi..tengah-tengah plan nak wc..tiba kat tempat aku..elektrik tade..shit!
but sokeylaa..aku jampijampi..hahhaa..elektrik ad balik..yahoo! on ym..
diam tgah ym..aku sengaja snap pin ni..abg angkat aku ni susah sikit kalau nak bergambar..
so,aku buad cara ni..
HE is FUNNY!..heee
heee..ntah apayang dia buad..sebok memanjang..
ni aku suro senyum..tapi buad muka sepoSEN dia..
hee..hah! kau..senyum LEBAULEBAU dia...
Yang belah kiri tu..dia biol sikit..yang kanan..tgah halflifekan kepala dia..hee
apo ke payahh abang aku ni nak senyum..aku senyum penat tawu?haha
tgah aku ym tu..on Fb la an..chat ngan cousin aku..aku bahasakan dia..Abang Aidil..
kitaorang baru jumpa kat FB..ta sangke plak bole jumpa dy..heee

haaa..yang ni aku baru perasan tawu? kita orang pakai baju yang sama? warna HITAM..
dia memang selalu cmni..
tiap kali YM pakai baju mesti warna sama ngan aku..
p/s: bila laa dia nak balik JB..hheeheee..harini aku belajar main guitar lagu GADIS SEPERTI AKU by shilaAMZAH..search kat YOUTUBE .oke?hee
Subscribe to:
Posts (Atom)


.jpg)



























