Wednesday, November 21, 2012
Bakal Khalifah
No 1009 Jalan Hati ,
Taman Jannah Al-Akhirat,
080912, Cinta Allah.
20 NOVEMBER 2012
Si khalifah ,
Sungguh hening damai waktu
petang begini..
Assalamualaikum..Tujuanku
menulis surat ini kerana aku sudah menyedari bahawa Allah masih memberi ujian
pada kita. Sesungguhnya aku tidak tahu apa yang akan terjadi pada hari yang
mendatang. Sepanjang perkenalan kita, aku tidak pernah untuk menidakkan apa
yang Allah telah berikan dan apa yang Allah telah susunkan untuk hidupku dan khalifah
. Pertama kali perbualan kita di talian adalah titik bermulanya satu hubungan
yang tidak di sangka hingga ke hari ini. Pada awalnya hatiku menolak untuk
terus menghubungi khalifah, tetapi hati kecil yang inginkan teman mahu kita
berdua terus menjalinkan silaturahim
sesama manusia yang hingga kini masih lagi tidak bertemu.Mungkin aku masih
perlukan masa yang benar-benar membuat hati ini ikhlas bersemuka denganmu.?
Orang kata “kalau ada jodoh tak ke mana” .Insya-Allah…
Khalifah,
Alangkah baiknya jika kita dapat
melihat perjalanan hidup kita kan? Di mana
kita berdua sendiri melihatnya, tapi semua itu kuasa tuhan yang Maha
Esa. Kita hanya meniti jalan yang sememangnya telah direka untuk diri kita
masing-masing tanpa menoleh kebelakang apa yang pahit dan apa yang manis. Semua
yang berlaku ada hikmahnya wahai khalifah kelak. Menanti kehadiranmu dengan
janji yang telah diungkapkan suatu yang indah tetapi belum terlaksana kerana
diriku yang masih lagi dalam tidak memberi kata putus. Aku mengakui sudah mula
ada rasa Cinta dan Sayang yang mula mekar, tetapi masih
dilanda rasa yang tidak lagi pasti. Setiap kali dalam solatku, titipan doa
buatmu tidak pernah lupa, moga engkau berada dalam keadaan sejahtera dan rahmat-Nya.Amin…
Kasih yang terjalin tanpa satu
perasaan Cinta menjadi prinsip hidupku, walaupun khalifah pernah mengungkapkan
kata “sayang” dan kata “rindu” , aku hanya menganggap itu hanya gurauan atau
permainan kata saja. Jika benar khalifah sayang dan kasih akan diriku,
tunggulah bila tiba saatnya. Bukan aku tidak mahu membalas semua itu, tapi
cinta dan sayangku hanya kerana Allah..Aku takut untuk mengungkapkannya terlalu
awal.,kerana aku takut akan kehilangan jika aku terlalu taksub dengan
cinta,kasih dan sayangku terhadapmu wahai khalifah. Sudah beberapa kali
khalifah ajak bertemu,tetapi aku menolak kerana tidak bersedia. Aku takut
khalifah tidak dapat menerima keadaanku yang mungkin serba kekurangan atau
mungkin khalifah tidak suka. Sedangkan diriku begitu teruja ingin bertemu khalifah,tapi
apa daya aku untuk berkata setuju? Masih terngiang-ngiang tujuanku disini….
Khalifah yang penyabar,
Aku tahu khalifah mungkin terseksa
begini, bukan niatku untuk menjauhkan diri atau menyembunyikan diriku. Aku
hanya manusia biasa yang mahukan yang terbaik.Mungkin keadaan keluargaku yang
memdorong aku untuk mencapai tujuanku yang sebenar,begitu juga denganmu wahai
khalifah.Kita sama-sama menuntut ilmu demi masa depan kita berdua kelak. Kita
berdua berjanji untuk menggenggam segulung ijazah bersama-sama. Aku menganggap
itu suatu yang akan menjadi kenangan manis kita jika ia menjadi
kenyataan.insya-Allah..Aku tahu khalifah masih
ingin bersuka ria lagi,mungkin khalifah masih tidak bersedia untuk menjadi seseorang yang
lebih serius. Itu sememangnya norma kehidupan seorang lelaki,fikiran masih
tidak terlalu matang pada usia muda begini.. Tetapi apabila soal hati,khalifah
masih boleh berfikir kehadapan kerana khalifah inginkan kehidupan yang sempurna
di mana tersemai kasih dan sayang bagi suatu ikatan.
Satu sifat khalifah yang membuat
aku tertarik dengan khalifah iaitu sifat perihatinmu terhadapku. Setiap kali
khalifah menelefon atau aku menelefon khalifah, tidak pernah tertinggal
pertanyaan khalifah
“dah makan?” , “dah solat?” ,
“awak sihat?” , “dah makan ubat?” , “musyuk kita jaga diri taw?” ,”jangan lupa
makan “ dan
lain-lain .
Mungkin orang lain menganggap
itu normal, bagiku itu cukup membuat aku rasa dikasihi ,diberi perhatian dan
disayangi. Sememangnya Allah tidak melarang untuk kita berkasih sayang kerana
itulah fitrah seorang manusia yang tidak bisa dijauhi.sedangkan si buta boleh
mempunyai kasih sayang dengan si buta inikan manusia yang sempurna..itulah
kurniaan tuhan yang ada pada diri kita, syukur Alhamdulillah..Khalifah seorang
yang sangat baik walaupun khalifah sendiri menidakkannya.ini kerana aku selalu
memikirkan semuanya positif tentang khalifah. Ibuku selalu berpesan,jangan buruk
sangka dengan orang kerana itu hanya akalan syaitan untuk membuat kita bergaduh
sesama manusia.Saat aku rasa rasa kesunyian,aku mencari siapa yang akan menjadi
temanku kala sunyi? Terpandang mataku kearah bait ayat bahawa kau ada
untukku,waktu itu aku tersenyum sendiri.Adakah khalifah orangnya? Aku masih
meragui..kerana setiap kali kita bertemu mesti tanpa diduga atau tak disedari.Mungkin Allah masih menguji kita untuk lebih bersabar.
Wahai utusan buatku (khalifah)
Jika aku mampu untuk
membahagiakan khalifah, sudah lama aku bahagiakan.Tetapi aku takut hatimu
berubah,kerana setiap manusia boleh berubah bukan? Mungkin buat masa ini kita
tidak nampak ? Sesungguhnya aku ingin khalifah sentiasa berada disisiku tidak
kira waktu walaupun kita hanya rakan berkongsi cerita tanpa melibatkan hal-hal
peribadi.Aku juga ingin lalui detik-detik indah bersama khalifah , mungkin itu
yang terakhir buat kita berdua? Aku dapat membayangkan impian yang kita ingin
kecapi bersama-sama walaupun itu hanya mimpi yang tidak mungkin jadi kenyataan.
Aku masih ingat lagi khalifah memintaku menyanyikan satu lagu yang begitu
bermakna. Aku tahu itu kenangan khalifah bersama si dia. Aku tunaikan demi
membahagiakan khalifah dan kerana cintaku terhadap Allah..Aku menitiskan air
mata tatkala aku cuba mendalami maksud bait lagu itu. Sampaiku menutup mata
akanku cinta kerana Allah. Aku memang seorang yang bersungguh-sungguh untuk
menjaga hati seseorang yang aku sayang. Tapi tidak sama kesungguhanku terhadap
penciptaku..
Alhamdulillah…aku
bersyukur kerana dipertemukan dengan khalifah yang masih aku tidak
kenali..wahai khalifah, jika kita tidak dapat bertemu, di dunia. Mungkin kita
akan bertemu di dunia yang lain. Bukan aku sengaja untuk berfikiran
sebegitu,jika ia kun faya kun . tidak dapat dielak..kerana itu
kerja-Nya,sebenarnya terlalu banyak inginku luahkan dan jelaskan. Mungkin
khalifah sudah bosan menbaca ayat-ayatku? Seperti bahasa baku yang Nampak kuno?
Inilah namanya bahasa ,tetapi tidak mengikut format SPM atau bahasa dan pustaka
. haha. Sebelum aku terlupa,aku ingin khalifah tahu, Cinta dan Sayangku hanya
kerana Allah.
“Ku ingin menjadi yang Halal
bagimu, Yang kau kucup keningnya, dan Yang kau hapuskan Airmatanya”
Khalifah .. maafkan aku jika terlalu lancang
berkata-kata , Di sini aku mengakui bahawa aku KASIH dan CINTAkanmu kerana
keperihatinanmu .. terima kasih kerana meluangkan masa dan menjadi pendampingku
kala aku di dalam kesedihan mahupun gembira.Aku juga berterima kasih kepadamu kerana sudi membaca
layangan ini.
wassalam..
Menantimu,
Si Misteri
(si polan binti si polan)
05:32 p.m
Labels: cinta kerana Allah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 celoteh mak kiah:
Post a Comment