Wednesday, November 21, 2012
Surat Buat Khalifahku #CintaKeranaAllah
0 celoteh mak kiah Ditulis oleh Nur Arina Aini at 11/21/2012 11:30:00 PM
Bakal Khalifah
No 1009 Jalan Hati ,
Taman Jannah Al-Akhirat,
080912, Cinta Allah.
20 NOVEMBER 2012
Si khalifah ,
Sungguh hening damai waktu
petang begini..
Assalamualaikum..Tujuanku
menulis surat ini kerana aku sudah menyedari bahawa Allah masih memberi ujian
pada kita. Sesungguhnya aku tidak tahu apa yang akan terjadi pada hari yang
mendatang. Sepanjang perkenalan kita, aku tidak pernah untuk menidakkan apa
yang Allah telah berikan dan apa yang Allah telah susunkan untuk hidupku dan khalifah
. Pertama kali perbualan kita di talian adalah titik bermulanya satu hubungan
yang tidak di sangka hingga ke hari ini. Pada awalnya hatiku menolak untuk
terus menghubungi khalifah, tetapi hati kecil yang inginkan teman mahu kita
berdua terus menjalinkan silaturahim
sesama manusia yang hingga kini masih lagi tidak bertemu.Mungkin aku masih
perlukan masa yang benar-benar membuat hati ini ikhlas bersemuka denganmu.?
Orang kata “kalau ada jodoh tak ke mana” .Insya-Allah…
Khalifah,
Alangkah baiknya jika kita dapat
melihat perjalanan hidup kita kan? Di mana
kita berdua sendiri melihatnya, tapi semua itu kuasa tuhan yang Maha
Esa. Kita hanya meniti jalan yang sememangnya telah direka untuk diri kita
masing-masing tanpa menoleh kebelakang apa yang pahit dan apa yang manis. Semua
yang berlaku ada hikmahnya wahai khalifah kelak. Menanti kehadiranmu dengan
janji yang telah diungkapkan suatu yang indah tetapi belum terlaksana kerana
diriku yang masih lagi dalam tidak memberi kata putus. Aku mengakui sudah mula
ada rasa Cinta dan Sayang yang mula mekar, tetapi masih
dilanda rasa yang tidak lagi pasti. Setiap kali dalam solatku, titipan doa
buatmu tidak pernah lupa, moga engkau berada dalam keadaan sejahtera dan rahmat-Nya.Amin…
Kasih yang terjalin tanpa satu
perasaan Cinta menjadi prinsip hidupku, walaupun khalifah pernah mengungkapkan
kata “sayang” dan kata “rindu” , aku hanya menganggap itu hanya gurauan atau
permainan kata saja. Jika benar khalifah sayang dan kasih akan diriku,
tunggulah bila tiba saatnya. Bukan aku tidak mahu membalas semua itu, tapi
cinta dan sayangku hanya kerana Allah..Aku takut untuk mengungkapkannya terlalu
awal.,kerana aku takut akan kehilangan jika aku terlalu taksub dengan
cinta,kasih dan sayangku terhadapmu wahai khalifah. Sudah beberapa kali
khalifah ajak bertemu,tetapi aku menolak kerana tidak bersedia. Aku takut
khalifah tidak dapat menerima keadaanku yang mungkin serba kekurangan atau
mungkin khalifah tidak suka. Sedangkan diriku begitu teruja ingin bertemu khalifah,tapi
apa daya aku untuk berkata setuju? Masih terngiang-ngiang tujuanku disini….
Khalifah yang penyabar,
Aku tahu khalifah mungkin terseksa
begini, bukan niatku untuk menjauhkan diri atau menyembunyikan diriku. Aku
hanya manusia biasa yang mahukan yang terbaik.Mungkin keadaan keluargaku yang
memdorong aku untuk mencapai tujuanku yang sebenar,begitu juga denganmu wahai
khalifah.Kita sama-sama menuntut ilmu demi masa depan kita berdua kelak. Kita
berdua berjanji untuk menggenggam segulung ijazah bersama-sama. Aku menganggap
itu suatu yang akan menjadi kenangan manis kita jika ia menjadi
kenyataan.insya-Allah..Aku tahu khalifah masih
ingin bersuka ria lagi,mungkin khalifah masih tidak bersedia untuk menjadi seseorang yang
lebih serius. Itu sememangnya norma kehidupan seorang lelaki,fikiran masih
tidak terlalu matang pada usia muda begini.. Tetapi apabila soal hati,khalifah
masih boleh berfikir kehadapan kerana khalifah inginkan kehidupan yang sempurna
di mana tersemai kasih dan sayang bagi suatu ikatan.
Satu sifat khalifah yang membuat
aku tertarik dengan khalifah iaitu sifat perihatinmu terhadapku. Setiap kali
khalifah menelefon atau aku menelefon khalifah, tidak pernah tertinggal
pertanyaan khalifah
“dah makan?” , “dah solat?” ,
“awak sihat?” , “dah makan ubat?” , “musyuk kita jaga diri taw?” ,”jangan lupa
makan “ dan
lain-lain .
Mungkin orang lain menganggap
itu normal, bagiku itu cukup membuat aku rasa dikasihi ,diberi perhatian dan
disayangi. Sememangnya Allah tidak melarang untuk kita berkasih sayang kerana
itulah fitrah seorang manusia yang tidak bisa dijauhi.sedangkan si buta boleh
mempunyai kasih sayang dengan si buta inikan manusia yang sempurna..itulah
kurniaan tuhan yang ada pada diri kita, syukur Alhamdulillah..Khalifah seorang
yang sangat baik walaupun khalifah sendiri menidakkannya.ini kerana aku selalu
memikirkan semuanya positif tentang khalifah. Ibuku selalu berpesan,jangan buruk
sangka dengan orang kerana itu hanya akalan syaitan untuk membuat kita bergaduh
sesama manusia.Saat aku rasa rasa kesunyian,aku mencari siapa yang akan menjadi
temanku kala sunyi? Terpandang mataku kearah bait ayat bahawa kau ada
untukku,waktu itu aku tersenyum sendiri.Adakah khalifah orangnya? Aku masih
meragui..kerana setiap kali kita bertemu mesti tanpa diduga atau tak disedari.Mungkin Allah masih menguji kita untuk lebih bersabar.
Wahai utusan buatku (khalifah)
Jika aku mampu untuk
membahagiakan khalifah, sudah lama aku bahagiakan.Tetapi aku takut hatimu
berubah,kerana setiap manusia boleh berubah bukan? Mungkin buat masa ini kita
tidak nampak ? Sesungguhnya aku ingin khalifah sentiasa berada disisiku tidak
kira waktu walaupun kita hanya rakan berkongsi cerita tanpa melibatkan hal-hal
peribadi.Aku juga ingin lalui detik-detik indah bersama khalifah , mungkin itu
yang terakhir buat kita berdua? Aku dapat membayangkan impian yang kita ingin
kecapi bersama-sama walaupun itu hanya mimpi yang tidak mungkin jadi kenyataan.
Aku masih ingat lagi khalifah memintaku menyanyikan satu lagu yang begitu
bermakna. Aku tahu itu kenangan khalifah bersama si dia. Aku tunaikan demi
membahagiakan khalifah dan kerana cintaku terhadap Allah..Aku menitiskan air
mata tatkala aku cuba mendalami maksud bait lagu itu. Sampaiku menutup mata
akanku cinta kerana Allah. Aku memang seorang yang bersungguh-sungguh untuk
menjaga hati seseorang yang aku sayang. Tapi tidak sama kesungguhanku terhadap
penciptaku..
Alhamdulillah…aku
bersyukur kerana dipertemukan dengan khalifah yang masih aku tidak
kenali..wahai khalifah, jika kita tidak dapat bertemu, di dunia. Mungkin kita
akan bertemu di dunia yang lain. Bukan aku sengaja untuk berfikiran
sebegitu,jika ia kun faya kun . tidak dapat dielak..kerana itu
kerja-Nya,sebenarnya terlalu banyak inginku luahkan dan jelaskan. Mungkin
khalifah sudah bosan menbaca ayat-ayatku? Seperti bahasa baku yang Nampak kuno?
Inilah namanya bahasa ,tetapi tidak mengikut format SPM atau bahasa dan pustaka
. haha. Sebelum aku terlupa,aku ingin khalifah tahu, Cinta dan Sayangku hanya
kerana Allah.
“Ku ingin menjadi yang Halal
bagimu, Yang kau kucup keningnya, dan Yang kau hapuskan Airmatanya”
Khalifah .. maafkan aku jika terlalu lancang
berkata-kata , Di sini aku mengakui bahawa aku KASIH dan CINTAkanmu kerana
keperihatinanmu .. terima kasih kerana meluangkan masa dan menjadi pendampingku
kala aku di dalam kesedihan mahupun gembira.Aku juga berterima kasih kepadamu kerana sudi membaca
layangan ini.
wassalam..
Menantimu,
Si Misteri
(si polan binti si polan)
05:32 p.m
Labels: cinta kerana Allah
Saturday, November 17, 2012
Assalamualaikum..
Dah
lama rasanya tak meng-Update blog tercinta nihh..rasa rindu tak terhingga nak
menggatal jari jemari menyentuh pad netbook yang dah lama tak di
manja-manjakan..hehe. al maklumlahh.. sekarang masih busy-kan diri menghadapi
FINAL EXAM *terdiam dan jantung berdegup kencang..dup dap !*
YA
ALLAH!! Kemuncak semester 1 ! sungguh cepat masa berlalu.. Ari sudah mula
dewasa dalam keadaan hidup berdikari tanpa ibu dan ayah disisi serta adik-adik
tercinta..Ari amat merindui mereka. Study week pon tak balik.. sebab tak nak
menyusahkan ibu dan ayah untuk uruskan Ari balik semula ke tempat menuntut
ilmu. Itulah Ari yang masih tidak pandai untuk mengatur diri bila bersama
keluarga tercinta..hehe masih lagi nak bermanja-manja..
Masa
cuti Study week tuhh. Ari pergi ke Nogori..tempat kawan Ari.. teman dia
menjemput umi dan ayah. Balik dari menunaikan haji,. Syukur
Alhamdulillah..mereka selamat.. Umi dan ayah adalah keluarga baru Ari yang amat
baik orangnya..ini pun atas dasar anaknya kenalkan Ari kpd mereka..kawan ari
tuhh nama dia Athirah.. dah macam kakak Ari dah..dia pun tade adik beradik
lain.. dia anak tunggal dalam keluarga tuhh… kadang-kadang rasa segan laa.
Family dia baik sangat, Ari tak tau nak balas kebaikan mereka.. kasi tumpang
bermalam kat rumah.. bagi layanan yang baik..hanya tuhan saja yang dapat
membalas segala kebaikan mereka.. Insya-Allah dilimpahi rezeki yang
berterusan..Aminn,,,
i see you so deep whole day |
Okehh..
Lets
say Ari mula bercerita tentang kehidupan dekat tempat belajar Ari.. yahh masih
lagi seperti biasa.. tanpa ibu dan ayah
disisi..hanya ada hamba Allah yang diutuskan untuk Ari iaitu kawan-2 dan
Sahabat-2 yang memahami isi hati Ari sejak akhir semester nih..ada suka dan ada
duka . tapi biarlahh yang duka tuhh..kita simpan dalam hati…biar berada dekat
lubuk yang palingggggggg dalam… hanya dia yang memahami akan cuba dalami hati
Ari..
Yang
sukanya , bila kita duduk ramai-ramai bergelak ketawa..kongsi cerita .belawak
jenaka. Usik mengusik..sometimes that is exercise our mind and relaxing
..cheers up the day..tapi kawan yang dekat sini dengan kawan yang kita
bersama-sama time zaman sekolah lain.. rasanya zaman sekolah kita dapat lihat
Sahabat yang betul-2 care . tapi sekurang-kurangnya yang sudah ada
sekarang..mereka tak buat kita rasa kosong dan sunyi kan?? Syukur
Alhamdulillah… ada masa kita belajar sama-sama..kongsi ilmu.. siapa yang ada
kelebihan masing-masing . boleh kongsi… J .itu sebahagiannya lahh
Pernah
tak lihat ayat nihh .."dalam diam ada isi"..
ehh.. ni dah mula bercerita tentang
hati sendiri,, apa yang ari cuba maksudkan is TTM ..apa tuhh? Nihh kawan ari
time sekolah dulu selalu gunakan.. ehem akak saya lahh Nur Syazlin.. ehekkss..
TTM
tuhh TEMAN TAPI MESRA :p.
Walao….saya
sudah ada teman? Yang macam mana tuhh?ini lahh fitrah manusia..bukan nak gembar
gembur..tapi hanya berkongsi.. quietly rapat laahh..tapi lain sikit laa
caranya..sebabnya saya tidak bersedia..cewahhh..shy shy gegirl saya… J
Allah bless for who got the HALAL relayy is means ijab kabul |
I call him as Mashemm .. acane.. dia panggil kita Musyuk.. nade an an? Tapi
kami tak pernah lagi berjumpa..even satu tempat belajar..just different
course..
Errr..
ini masih berkawan ..mengenal hati budi masing-masing..kita tak boleh terus
direct kepada yang lebih serius.. memakan masa jugak..nak buat macam mana . Ari
nihh pemalu .. bole dikatakan pemalu laa.. hahaa.. for the first time Ari lalui
situasi macam nihh,,Ari still maintain dengan cara Ari…hopeless dia boleh
paham..tapi Alhamdulillah setakat nihh dia masih boleh paham…dah Ari pun cuba
paham..Understanding each other is need to build a strong relay rite? Everyday
in my Solat.. selalu minta petunjuk Allah..
He
kinda open minded, not hot tempered and caring.. and what was attractive is dia
sangat pandai memujuk hati Ari yang dari nak marah jadi sejuk..ada satu hari
tuhh..dia called then kasi cakap dengan nenek dia ..ohh malu..Ari rasa segan
dah sebak jugak.. sebab..Ari dah tade nenek..already almarhummah 2 years ago..
Al-fatihah for my grandma..may Allah give her Bless n peace outside there..
Okehh
sambung pasal dia kasi cakap dengan nenek dia.. nenek dia suka ketawa..Ari pun
ikut ketawa..sama macam cucu dia..suka ketawa..comel sangat..kalaulaa nenek Ari
masih ada,,teringin nak buat dia ketawa..macam-2 jugak nenek dia tanya
Ari..tapi setiap pertanyaan tak lepas dengan golakk dia..hehe..siap ajak ari
datang rumah..alahaii..malunyaa..macam nak terima menantu,,ecehh..tadelaa..yang
menantu tuhhh tambah-tambah jehh..haihh ta pasal-2 nanti empunya badan baca
entry nihh..ada kangg saya yang malu,,.. Ari dah kenal dia dah nak masuk tiga
bulan..tapi masih mencari siapa dia. Haa. Nampak tak..i means mencari siapa dia
tuh. Is Dia mencari Ari.. well, masa masih panjang lagi ..insya-Allah..one find
day :P..
So,
as muslim ,kita hanya saling ingat mengingati .. if someone ada kekurangan ..kita
terima seadanya..jika ada yang tidak betul kita perbetulkan dengan cara yang
baik..sesungguhnya.. jika lahirnya satu perasaan yang di panggil sayang ..itu
hanyalah CINTA KERANA ALLAH..insya-Allah.. kerana hidup ,peraturan hidup,perjalanan
hidup di dunia dan segala percaturan .. adalah kehendak yang Maha Esa.
Terima
kasih atas perhatian , ini hanya santapan kata..insya-Allah..
Wassalam..
Labels: kongsi cerita
Subscribe to:
Posts (Atom)